FEEL FREE TO LIKE!!

03 March 2013

RESDUNG




Resdung...jom tambah ilmu!!
Meh kita kenal apa tu RESDUNG..

Resdung(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoid.

Sinusitis - "itis" tu sendiri bermaksud "inflammation" atau pun kita panggil keradangan.

PUNCA RESDUNG?
----------------------
Kemungkinan berpunca dari perkara berikut:
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat.
- Alergi atau tindak balas autoimmune. Tindak balas autoimmune berlaku bila sistem imun menyerang bahagian badan kita yang baik.

Bila ada benda asing(allergen seperti spora, debu, dll) dikesan, sejenis bahan kimia iaitu histamin akan dirembeskan sebagai reaksi yang menyebabkan alergi. Tubuh badan akan mula mengeluarkan lendir untuk membasuh alergen. Itulah sebabnya mata, hidung mula berair bila terjadinya alergi.

Bagaimana merawatnya?
-----------------------------
Ubat kepada histamin ialah anti-histamin yang bertindak mengurangkan dan meredakan gejala alergi yang menyebabkan rasa gatal pada muka dan hidung.

Masalah resdung juga boleh diatasi dengan pengambilan vitamin berikut:
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- ALFALFA