FEEL FREE TO LIKE!!

24 November 2013

APAKAH ITU COPD??








COPD atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease..satu penyakit yg sangat kronik. Gabungan daripada Emphysema, Bronkitis dan Asthma.

Penyakit sistem pernafasan COPD merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bidang perubatan dan merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital. COPD disebabkan penyempitan saluran pernafasan yang kronik. Ia juga boleh menunjukkan tanda-tanda saluran pernafasan yang terlalu aktif.

Merokok merupakan penyebab utama penyakit COPD. Paling kerap di hidapi oleh kaum lelaki berbanding dengan wanita dan ia meningkat dengan usia. Penyakit ini boleh bertambah teruk dan menyebabkan kematian.






Apakah tanda-tanda dan gejala COPD?
Ia bergantung kepada peringkat penyakit:
~Susah bernafas sewaktu melakukan aktiviti sederhana/rehat
~Batuk berkahak berpanjangan 'Wheezing' (bunyi seperti wisel semasa menghembus nafas) semasa melakukan aktiviti sederhana
~Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak menyebabkan paru-paru berair dan bengkak kaki

Apakah risiko mendapat COPD?
~Merokok- merupakan penyebab utama di mana risiko lebih tinggi sekiranya individu kerap merokok
~Perokok pasif
~Pencemaran udara
~Jangkitan virus meyebabkan salur pernafasan menjadi aktif
~Bekerja di kuari dan sentiasa terdedah pada habuk
~Genetik- Alpha 1-antitrypsin deficiency

Matlamat rawatan COPD
~Meningkatkan kualiti kehidupan tanpa masalah pernafasan
~Mengurangkan kerosakan pada paru-paru
~Mencegah dan merawat komplikasi jantung bengkak
~Memanjangkan jangka hayat
~Mengurangkan serangan pernafasan dan kemasukkan ke hospital

Rawatan untuk COPD :
Pendidikan
Berhenti merokok kerana ia dapat mengurangkan kerosakan paru-paru.
Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat walaupun individu tersebut kerap merokok sebelumnya

Ubat-ubatan
Ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline dapat mengurangkan ketegangan otot licin bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat kontraksi. Kebaikan mengambil ubat sedut adalah ia terus masuk ke paru-paru dan bertindak cepat dengan kurang kesan sampingan. Terdapat juga persediaan ubat-ubatan pil seperti Neulin SR, Theudor dan Euphylline.
Penggunaan Kortikosteroid adalah penting semasa serangan pernafasan. Ia boleh didapati dalam bentuk alat sedut, pil dan suntikan. Contoh alat sedut adalah becotide, beclofort dan becolmet
Antibiotik - 'broad-spectrum' antibiotik selalu digunakan
'Mucolytic agent' untuk mencairkan kahak supaya mudah dikeluarkan. Pesakit tidak digalakkan mengambil ubat yang menahan batuk.

Sumber : MyHEALTH portal


Cadangan Suplemen Shaklee
(Ikut bajet anda)
ViVix-Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
• Kerosakan DNA
• Pengawalan generik
• Pengeluaran tenaga yg kian menutun oleh sel2
• Penimbunan Protin AGE
Vita C-Plus 500mg-Untuk respon imun & mengurangkan inflamasi.
Carotomax-Membantu pemulihan tisu peparu yg rosak.
Vitamin E-Melindungi tisu peparu & mempertingkatkan penggunaan oksigen.
Garlic-Antibiotik semulajadi.