FEEL FREE TO LIKE!!

07 September 2013

JERAGAT @ PIGMENTASI?? APA TU?


Kredit: Oxynie's FB
Menurut  Perunding Dermatologi Klinik Koh Skin Specialiast, Dr. Koh Chuan Keng masalah kulit tidak sekata atau jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan ia mampu menjejaskan penampilan individu. Umumnya, masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu dan Cina mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

“Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit) dan masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles, atau solar lentigenes. Manakala masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.”

“Bintik samar (barely visible spot) walaupun kurang ketara pada pandangan mata kasar tetapi boleh menyebabkan tona kulit tampak tidak sekata apabila ia ‘bersembunyi’ di bawah permukaan kulit. Bintik ini disebabkan oleh pigmentasi hiper iaitu pembebasan histamine (sejenis kimia yang dibebaskan oleh sel sistem imun tubuh) kulit berlebihan dan ia belum lagi muncul pada permukaan kulit sepenuhnya. Kulit kusam terjadi disebabkan oleh masalah sel-sel yang bercampur-campur. Sel kulit yang mati dan sel baru saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda. Pertumbuhan sel-sel juga lambat dan sel-sel baru kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar.”

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” ujar beliau lagi.

SINARAN UV PUNCA GEJALA
Terdapat beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari, faktor genetik dan pil perancang. Bagi golongan yang mengambil pil perancang ini potensi untuk mendapat kulit berjeragat adalah lebih tinggi seperti amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 30 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat jauh lebih besar. Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau sering terdedah kepada sinaran matahari dan tidak melindungi kulit dengan krim ultra ungu (UV), maka kulit akan menjadi lebih kasar, pigmentasi.

Suplemen Shaklee yg disarankan,mengikut bajet anda:

♥Collagen Powder-mengandungi vitamin B & C yg baik untuk kulit. Kolagen dpt mengurangkan jeragat,melembut & menganjalkan kulit.
♥Energizing Soy Protein (ESP)-sumber protein, mengurangkan kesan hitam akibat jeragat (Hot produk sepanjang tahun!)
♥Vitamin E-membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Ia semulajadi, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.
♥CoQ Health Plus-pelindung matahari (kurang lah masalah pigmentasi @ jeragat)
♥GLA Complex-Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap.
♥Vitamin C Chewable-membantu pembentukan kolagen.