FEEL FREE TO LIKE!!

12 October 2014

HATI BERLEMAK (FATTY LIVER)

FATTY LIVER

Apakah Gejala Hati berlemak (Fatty Liver)?

Gejala hati berlemak berpunca daripada ketidak-teraturan proses metabolisme lemak yang mengakibatkan tertimbunnya lapisan lemak yang memudaratkan dikeliling sel-sel hati. Tabiat diet yang tidak teratur, mengamalkan minuman arak yang berlebihan serta kegemukan adalah antara sebab-sebabnya.

Hati yang normal mengandungi kira-kira 5% daripada jumlah keberatan basahnya, kebanyakannya merupakan kandungan lesitin, dan diikuti dengan trigliseride, sedikit asid lemak, kolesterol dan juga lipid kolesterol.

Kebanyakkan proses ketiga-tiga metabolisme utama tubuh, iaitu karbohidrat, lemak dan protein adalah dikendalikan di organ hati. Perkembangan pesat paras kehidupan, perubahan tabiat diet, penyerapan minyak binatang, makanan kandungan lemak yang lebih, keterlaluan meminum arak, kekurangan bersenam telah menyebabkan penyerapan kandungan lemak yang jauh lebih banyak daripada jumlah kandungan yang diperlukan tubuh, justeru lemak yang lebih akan bertimbun di dalam tubuh. Apabila lapisan lemak yang tertimbun melebihi kira-kira 10% daripada paras normal keberatan organ hati, maka terjadilah gejala hati berlemak.

HATI BERLEMAK


Tahap jangkitan gejala hati berlemak telah meningkat secara mendadak pada tahun kebelakangan ini, didapati juga kebanyakan dijangkiti oleh golongan lelaki.

Asal usul gejala hati berlemak: Tabiat beralkohol jangka panjang, nutrien yang lebih, kekurangan nutrien, kencing manis serta jangkitan kronik merupakan antara punca-puncanya, kemudaratan ubatan terhadap hati, gejala tahap kolesterol darah yang tinggi juga merupakan simptom hati berlemak.

1. Tabiat beralkohol jangka panjang: Alkohol merupakan pembunuh utama yang merosakkan organ hati, apabila alkohol meresapi tubuh manusia, proses huraian bagi metabolisme utama dijalankan di bahagian organ hati. Toksin alkohol sanggup memudaratkan proses huraian serta metabolisme asid lemak sel-sel organ hati, mengakibatkan timbunan lapisan lemak yang lebih di bahagian hati, justeru menyebabkan terjadinya gejala hati berlemak. Gejala hati berlemak akan memburuk jika tabiat beralkohol berlebihan berterusan. Alkohol juga boleh menyebabkan gejala penyeratan hati serta kekerasan organ hati(hepatocirrhosis).

2. Kelebihan nutrien: Penyerapan lemak tumbuhan, minyak tumbuhan, bahan protein dan kabohidrat menyebabkan nutrien berlebihan terubah kepada lemak yang tertimbun di dalam badan, mengakibatkan gejala kegemukan (obesiti), paras kolesterol tinggi serta hati berlemak.

3. Kekurangan Nutrien: Dibandingkan dengan golongan berbadan gemuk, golongan berbadan kurus lebih mengidap gejala hati berlemak. Kekurangan nutrien secara jangka panjang, telah menyebabkan kehausan bahan protein dan berbagai vitamin, justeru menyebabkan gejala hati berlemak secara kehausan nutrien. Ada yang berjangkitan simptom salur usus kronik, diet, tabiat condong makan, vegetarian, sindrom kemudaratan penyerapan, akan mengakibatkan gejala protein darah, kekurangan kolina, asid amino yang membawa tambahan pembentukan protein. Lantaran ini, sejumlah besar asid protein dilepaskan ke dalam organ hati, justeru menyebabkan gejala hati berlemak.

4. Simptom Kencing Manis: Simptom kencing manis berpunca daripada kekurangan rebesan insulin, kegunaan terhadap glukosa yang kurang oleh konstitusi tubuh. Demi memulihkan tenaga, tahap radikal asid lemak akan mendadak, namun asid lemak tersebut tidak dapat dipergunakan secara menyeluruh, menyebabkan hypersintesis lemak di bahagian hati, justeru mengakibatkan gejala hati berlemak.

Sejumlah 40-50% pesakit kencing manis-B berkecenderungan mengidap gejala hati berlemak, dan kebanyakan pada tahap pertengahan ke atas. Faktor simptom hati kronik yang berpunca daripada komplikasi obesiti dan juga tabiat alkoholisme akan menyakibatkan kencing manis, 60% daripada golongan kegemukkan yang mengidap penyakit kencing manis berkecenderungan dijangkiti gejala hati berlemak. Bilangannya kira-kira sebanyak 2 kali ganda jika dibandingkan dengan golongan berkesihatan normal.

Ada penyakit hepatitis dengan sel hati yang berfungsi secara tidak-teratur terhadap metabolisme serta sintesis triglyseride, akan menghadapi gejala penimbunan lapisan lemak di organ hati secara tahap sederhana, jika mengamalkan makanan berlemak yang lebihan.

#Sumber: K-Link.com