Alfalfa, juga dikenali sebagai Lucerne, tergolong dalam tumbuhan jenis pea. Ia tumbuh di Asia Barat dan di kawasan timur Mediterranean.
Alfalfa kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien2 lain yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kekuatan tulang serta memelihara kesihatan tubuh badan kita. Antara kandungan alfalfa termasuklah protein dan vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin U, etc. Selain daripada itu, ia mengandungi kalsium, potassium, carotene, iron dan zinc.
Secara umumnya, alfalfa boleh :-
- Mengawal masalah buah pinggang, mengurangkan fluid retention dan bengkak.
- Mengawal gangguan autoimun
- Memulihkan artritis
- Memberi khasiat kepada sistem pencernaan, tulang rangka, kelenjar, dan pundi kencing
- Membersihkan darah, hati dan usus
- Merendahkan paras kolesterol
- Mengelakkan strok
- Memulihkan batuk kokol
Sumber : http://www.homeremediesweb.com/
Alfalfa digelar dengan pelbagai nama :-
- Nature’s Anti – inflammatory
- Nature’s Digestive Aid
- Nature’s Diuretic
- Nature’s Antihistamine
- Nature’s Blood Purifier
- King of the Plant World
- Father of All Foods
Akar alfalfa ialah “pelombong” semulajadi. Akar alfalfa matang boleh mencecah kedalaman sehingga 20 – 30 kaki untuk “melombong” semua nutrisi daripada tanah. Daun alfalfa bertindak sebagai “pusat penyimpanan” untuk nutrien2 ini.
Shaklee Alfalfa Complex melalui lima kaedah kawalan kualiti penting iaitu :-
Penanaman secara organik : Hampir kesemua tanaman alfalfa yang lain disembur dengan bahan kimia toksik untuk mengawal pembiakan rumpai dan haiwan perosak. Shaklee pula hanya menggunakan alfalfa yang ditanam secara organik daripada kawasan Antelope Valley, California.
Kandungan Klorofil yang paling Tinggi : Untuk mendapatkan kandungan klorofil yang paling tinggi pada daun alfalfa, penuaian hendaklah dilakukan pada tahap kematangan puncak. (peak maturity). Shaklee hanya membuat penuaian pada tahap ini.
Tumbuhan Matang Sahaja : Kebanyakan minuman kesihatan “hijau” dibuat daripada daun-daun hijau tumbuhan muda. Kepekatan nutrien bagi tumbuhan yang tidak berakar dalam dan muda adalah kurang daripada sebaliknya. Shaklee hanya menggunakan tumbuhan alfalfa matang berusia 5-7 tahun.
Daun sahaja (Bukan batang dan tangkai) : Setelah alfalfa dituai dan dikeringkan, daun2 akan diasingkan daripada tangkai dan batang alfalfa yang tidak diperlukan. Shaklee hanya menggunakan daun2 yang padat dengan nutrien yang akan dikisar menjadi tepung berwarna hijau yang kemudiannya dibentuk kepada tablet.
Cold Process : Sekiranya proses penuaian, pengeringan dan pentabletan dilakukan secara berhati-hati dan dengan suhu yang tidak tinggi, tablet tersebut tidak akan hanya mengandungi pelbagai nutrien, tetapi juga akan kaya dengan enzim tumbuhan perlu, yang merupakan pemangkin organik yang menjaga keseimbangan bahan kimia dalam badan kita. Untuk melindungi enzim tumbuhan ini, Shaklee MENJAMIN semua proses dijalankan dengan suhu rendah.
Kebaikan Tablet Shaklee Alfalfa Complex
- 5 tablet = 1 sudu teh Serbuk Daun Alfalfa
- 15 tablet = 1 sudu makan Serbuk Daun Alfalfa
Anti-keradangan : Saponins, klorofil dan pelbagai mineral di dalam alfalfa membantu untuk mengurangkan keradangan di mana-mana bahagian tubuh badan.
Bantuan Pencernaan : Alfalfa mengandungi banyak enzim (pase, amylase, protase, coagulase, emulsin, invertase, peroxidase, pectinaze, and cellulase) yang terlibat dalam pencernaan protein, lemak dan kanji. Kekurangan enzim ialah merupakan salah satu punca utama senak, angin dalam perut dan ketidak selesaan abdominal yang lain. Kealkalian semulajadi alfalfa akan menggantikan antacid.
Diuretik Semulajadi : Kandungan mineral yang tinggi membantu untuk mengawal keseimbangan air di dalam badan.
Melegakan Rasa Sakit : Ramai penghidap artritis reumatoid, gout dan reumatism mengalami kelegaan kerana alfalfa membantu untuk mengatur keseimbangan asid/alkali di dalam badan. Ia membantu untuk melarutkan asid urik supaya ia dapat melalui buah pinggang untuk dibuang. Asid urik yang terlalu banyak pada sendi mengakibatkan keradangan dan kesakitan. Alfalfa mengandungi anti-stiffness factor yang dapat melegakan sendi2 yang keras/kaku.
Kebaikan untuk Buah Pinggang dan Pundi Kencing : Alfalfa meningkatkan simpanan alkali di dalam badan. Ia sangat baik terutama sekali untuk buah pinggang dan pundi kencing kerana ia menjadikan air kencing kurang berasid, menyebabkan kurang kerengsaan pada saluran kencing. Secara purata, sayur-sayuran adalah 1-10 unit alkali. Alfalfa pula adalah 130 unit alkali. Ia meningkatkan kadar penapisan buah pinggang.
Kesan Anti-histamin : Keseimbangan mineral dan enzim di dalam alfalfa memberikan kelegaan semulajadi kepada mereka yang mempunyai alahan atau masalah sinus.
Pembersih Darah / Pembuang Toksin : Klorofil yang banyak pada alfalfa amat dikenali sebagai pembersih tubuh badan, melawan jangkitan dan pewangi badan semula jadi. Ramai yang menyatakan bahawa ia dapat mengurangkan bau badan, nafas dan kaki.
Melegakan Ulser Perut : Alfalfa mengandungi Vitamin U yang dikatakan dapat memulihkan ulser perut.
Meningkatkan Kesihatan Mukosa Kulit (Termasuk kecacatan kulit [Blemishes]) : Alfalfa mengandungi Vitamin A yang penting untuk membina kulit sihat sama ada dalaman atau luaran. Disebabkan oleh keupayaan membersihnya, ia mempunyai sedikit kesan antibiotik kepada bakteria patogenik, dan membantu mengurangkan kecacatan kulit (blemishes). Membran mukus seperti lapisan pada tekak, hidung, perut dan usus juga ditambahbaik.
Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi : Alfalfa menyediakan magnesium dan potassium yang dapat menenangkan otot2 arterial dan dapat memberikan kebaikan kepada mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.
Sumber : http://goodandgreen.ca/
Tablet Shaklee Alfalfa Complex juga boleh dihancurkan dan dibancuh bersama air sebagai minuman herba semulajadi.
Produk Shaklee tidak mempunyai perisa, pemanis, pewarna tiruan atau bahan pengawet tambahan.
Individu yang menghidap SLE perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Kredit: healthierlife.mymagicpocket.com