FEEL FREE TO LIKE!!

27 December 2013

PANAS BARAN??


PANAS BARAN: Sifat Yang Memusnahkan

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak bersa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul. Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik'. Jadi, jika pasangan anda adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:
1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada pasangan
3. Cuba berkomunikasi yang baik
Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegrlah secara bijaksana. 
- Prof Dr. Muhaya, Bahagia & Membahagiakan keluaran As Sohwah Publication.

Itu daripada buku Prof Dr Muhaya...dapatlah disimpulkan..kita hendaklah lebih bijak & sabar untuk berdepan dgn org yg panas baran. Kalau kita bagi api lagi, kompem meletopsss! Islam dah ajar kita untuk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik. Kena selalu beristighfar kalau rasa nak marah. Zikir kena amalkan setiap hari...
Syukur alhamdulillah...sejak berShaklee, kami diajar bab2 sebegini..selalu ditekankan bahawa REZEKI adalah dr Yang Maha Berkuasa...Allah pemberi rezeki yg mutlak! Tiada daya & kuasa yg dapat menandingiNya! Jika Allah mahu memberi, tiada siapa yg dapat menghalangnya..
Nak dijadikan cerita, ada sorg hamba Allah ni...terlalu frust sebab kena potong gaji RM250, marah & memaki hamun saya. Nasib baik dalam tepon je...tapi Masya Allah! Baru tau yg dia ni begitu rupanya..panas baran! Cepat melenting..pada saya, bukan kah elok kalau dibawa berbincang?? Cakap elok2..baik2.. kenapa mesti jadi begitu? Ibaratkan 1 juta hilangnya! MasyaAllah..saya terkedu dgn apa yg dikatakan pada saya.. dan Allah Maha Mengetahui..diberikan kekuatan pada saya untuk lebih bersabar..kalau tidak, sebelum ni..mungkin saya juga akan naik angin..hehe..tp tah macam mana saya boleh cakap slow2..dan lebih banyak berdiam diri mendengar segala ketidakpuasan hati dia. Saya cuba jelaskan..tapi sikit pun tidak mahu diambil kira..jadi, pada saya..buat apa cakap lagi kan? Takkan ada akhirnya..last2, sebab jam pun dah kul 1 tghari..nak gi lunch, saya pun cakap.. "nanti2 la kita sambung ye..nak makan." Dan dia terus letak... "tutttttt"
Pape pun...org tengah marah..memang tak boleh terima apa org lain cakap pun..jadi, tak guna juga nak panjang2 cite..tapi lepas letak tepon tu, ketor jugak rasanya..ye la, korg bayangkan..kena marah kaw2..siap jerit2 lagi..tinggi sore..huii..laki pulak tu kan..adoiii..mao luruh jantung aku rasa! Bos pun tak pernah marah sampai tahap gitu. Siap kena maki lagi! Astaghfirullah!! Huhhh...

Tak pelah..sume ni ada hikmah..ada pengajarannya. Jadi, jangan korg stress2..Shaklee ada suplemen yang boleh atasi stress..kemurungan dan yang berkaitan dengan emosi. Ada dua.. B Complex & GLA Complex..pilih la ikut kesukaan anda. Hehe.. nak tahu lebih lanjut pasal keduanya, sila klik kat nama2 tu..